Tempoh 10 hari akan berakhir menjelang hari Khamis, 20 April 2023.
Ia menjadi lebih singkat apabila kerajaan mengumumkan cuti tambahan perayaan
bagi semua sektor kerajaan. Saya panik. Sudah masuk hari ketujuh wang belum
memenuhi tabung. Doa dan terus berdoa agar duit yang kami usahakan dapat
memenuhi syarat. Sungguh, pergantungan sepenuhnya kepada Allah membuatkan diri
sangat kerdil dan insaf.
18 April 2023
Sujud syukur saya apabila tabungan telah penuh dan melayakkan saya menerima tawaran haji. Allah ya Allah. Untuk makluman, apabila ditawarkan tempat menunaikan haji pada tahun 2023 ini, jumlah duit di dalam akaun mesti mencukupi sebelum boleh menekan butang terima. Selagi wang tidak cukup, selagi itu proses seterusnya tidak akan berlaku. Selesai sahaja memenuhi syarat bayaran, barulah kad kesihatan jemaah haji diberikan. Jemaah haji perlu menyelesaikan pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat untuk ke tanah suci.
No comments:
Post a Comment