Apakah yang diharapkan daripada menunaikan haji?
Berharaplah untuk dapat anugerah haji mabrur. Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.
Persiapan menuju Arafah telah dibuat dua hari sebelum ini. Jemaah haji akan dipanggil turun menaiki bas mengikut giliran. Land Premium mempunyai 13 tingkat dan semua bekerjasama dengan baik. Kami masih lagi dengan bas nombor 5. Mak mentua sahaja dapat kami hubungi melalui panggilan video. Suasana sayu mengambil tempat. Kami memohon mak ayah mendoakan kami dipermudah urusan, kesihatan dan mendapat haji yang mabrur. Bagi mak ayah saya, kami dapat rekodkan video sahaja sementelah ada masalah dengan kad sim kami yang baharu.
No comments:
Post a Comment